Thursday, August 22, 2013

Testimoni seorang pembaca di Malaysia

ini versi indonesia..versi malaysia nya [mudahkan jangan susahkan] sudah saya beli dan selesai baca..semua isi kandungan didalam buku ini benar-benar menjadi motivasi kepada saya didalam menjalani kehidupan seharian..rasa kenyang, tenang dan datangnya kekuatan jiwa/rohani dan fikiran/minda bila membaca buku-buku tulisan syed alwi alatas...

bukan memuji si penulis secara berlebih-lebihan tapi siapa yang telah membaca buku-buku tulisan beliau sahaja yang tahu maksud dan kebenaran kata-kata saya ini..cuba lah beli dan baca sebuah dahulu buku tulisan saudara syed alwi ini, saya yakin dan pasti, anda akan mencari-cari dan seterusnya membeli buku-buku beliau yang lainnya..

pengalaman saya sendiri, kali pertama anak saya mendapat hadiah buku dan salah sebuah buku tersebut adalah buku tulisan syed alwi, selesai menghabiskan membaca buku tersebut, saya terus mencari di internet buku-buku tulisan syed alwi yang lainnya, setelah itu saya ke kedai-kedai buku untuk mencari dan membelinya tapi agak sukar menemuinya kerana samada tiada dijual dikedai tersebut ataupun kehabisan stok, namun usaha saya ke MPH di Mydin Melaka berhasil menemui kesemua buku-buku syed alwi yang di terbitkan di Malaysia,

Alhamdulillah..kini saya telah mempunyai 4 buah buku tulisan beliau dan In Shaa ALLAH bakal membeli sebuah lagi buku tulisan beliau yang terbaru bertajuk 'mencari husnul khatimah'..

https://www.facebook.com/ida.ibrahim.1/posts/605176309527132?ref=notif¬if_t=story_reshare

No comments:

Post a Comment